Tarikh Berkuatkuasa: 18 October, 2022
Dasar Privasi ini menerangkan maklumat yang kami kumpul tentang anda apabila anda berinteraksi dengan kami dalam kedai-kedai kami, acara-acara kami (seperti kotak-kotak timbul (pop-ups)), melalui khidmat pelanggan, program keahlian/kesetiaan kami, dalam laman-laman web runcit Dockers® dan Levi’s®, aplikasi mudah alih kami (jika tersedia) atau laman web korporat kami (levistrauss.com) (secara kolektif “Platform” kami).
Dengan menghantarkan maklumat melalui, atau selainnya menggunakan, Platform kami, anda mengaku bahawa kami mungkin mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat menurut Dasar Privasi ini, pilihan-pilihan privasi yang yang telah anda maklumkan kepada kami, dan seperti yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang. Seperti yang digunakan dalam Dasar Privasi ini, “LS&Co.” dan “kami” bermaksud Levi Strauss & Company, sebuah perbadanan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, (melainkan entiti undang-undang berbeza yang terpakai untuk lokasi anda seperti yang dinyatakan dalam bahagian "NOTIS-NOTIS TAMBAHAN" di bawah). LS&Co. ialah syarikat induk bagi keluarga jenama Levi’s® dan Dockers®. Beyond Yoga ialah subsidiari LS&Co. tetapi Notis Privasi mereka di https://beyondyoga.com/pages/privacy-policy terpakai apabila anda menjalankan perniagaan dengan mereka.
LS&Co. berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa untuk memastikan Dasar Privasi ini dikemas kini dengan keperluan-keperluan undang-undang dan peraturan dan cara kami mengendalikan perniagaan kami dan akan meletakkan sebarang kemas kini dalam laman web kami. Sila semak laman web kami dengan kerap untuk mendapatkan versi terkini Dasar Privasi ini. Jika dibenarkan oleh undang-undang, akses berterusan kepada dan/atau penggunaan Platform kami oleh anda selepas sebarang perubahan sedemikian merupakan penerimaan dan persetujuan anda kepada amalan-amalan kami. Sila semak Dasar Privasi ini secara berkala supaya anda mengetahui tentang maklumat peribadi yang kami kumpul, cara kami menggunakannya dan dengan siapa kami boleh berkongsi maklumat tersebut dengan.
Kami amat komited terhadap hubungan dan kepercayaan yang kami ada dengan anda, dan kami mengambil tanggungjawab perlindungan data kami dengan serius. Selama lebih daripada 160 tahun, kami menghasilkan produk-produk tulen dengan memimpin dengan nilai-nilai kami. Sambil kami meneruskan inovasi kami dalam merealisasikan apa-apa produk dan perkhidmatan, kami akan memadankan teknologi progresif dan amalan-amalan kami sesuai dengan kepentingan privasi anda.
MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Bagaimana Kami Mengumpul, Menggunakan dan Berkongsi Maklumat Peribadi Anda
Kami mengumpul data apabila anda berinteraksi dengan kami di beberapa titik sentuhan (touchpoints) yang berlainan, termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung (“Maklumat Peribadi” anda). Sebagai sebuah syarikat barangan pengguna, kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk pelbagai tujuan perniagaan termasuk berkongsi dan menggabungkannya dengan maklumat lain yang kami mungkin terima daripada rakan-rakan kongsi borong, runcit dan francais kami, teknologi-teknologi dan pihak-pihak ketiga yang lain. Bahagian ini menghuraikan jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dan menerangkan tentang pihak-pihak ketiga yang kami berkongsi Maklumat Peribadi dengan. Lihat “NOTIS-NOTIS TAMBAHAN” di bawah untuk maklumat tambahan yang mungkin terpakai kepada anda berdasarkan lokasi anda.
MAKLUMAT HUBUNGAN:
Maklumat ini termasuk maklumat pengenalpastian seperti apa-apa nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penghantaran/pengebilan/fizikal, pengenal pasti dalam talian yang anda kongsi dalam forum awam (seperti pemegang-pemegang media sosial anda) atau nama panggilan.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda apabila anda mendaftar suatu akaun, menyertai program keahlian (kesetiaan) (jika tersedia), mendaftar untuk apa-apa e-mel, mendaftar untuk atau menghadiri acara, memesan produk-produk daripada kami dalam talian atau membeli produk-produk dalam kedai
- Daripada pihak-pihak ketiga termasuk pemegang-pemegang francais kami atau pihak-pihak lain yang mengurus lokasi-lokasi atau pemenuhan produk atau penyedia-penyedia senarai pemasaran (jika dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai)
- Daripada teknologi-teknologi (seperti apabila anda terlibat dengan kecerdasan buatan (“AI”) yang mendorong (fuels) chatbot kami)
Mengapa kami mengumpulnya:
- Untuk menghubungi anda, contohnya untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial kepada anda dan pemasaran dan pengiklanan lain (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar)
- Untuk mentadbir apa-apa cabutan bertuah, tinjauan atau pertandingan
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Platform-platform media sosial pihak ketiga (termasuk untuk pengiklanan melalui platform-platform seperti Meta atau Amazon menggunakan piksel-piksel atau penonton tersuai (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar)
- Penyedia-penyedia pemasaran dan pengiklanan
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
MAKLUMAT KEWANGAN:
Maklumat ini termasuk maklumat seperti empat digit terakhir nombor kad kredit/debit anda, data yang digunakan untuk mengesahkan transaksi-transaksi anda dan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan kaedah-kaedah pembayaran alternatif atau platform-platform pembayaran pihak ketiga untuk melengkapkan transaksi anda.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda apabila anda membuat pembelian
- Daripada pihak-pihak ketiga seperti yang diperlukan untuk membantu memproses transaksi yang diminta oleh anda dengan selamat
Mengapa kami mengumpulnya:
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Pemproses pembayaran
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
MAKLUMAT PENGENALPASTIAN YANG LAIN:
Maklumat ini termasuk maklumat yang mungkin dapat digunakan secara wajar untuk mengenal pasti anda, sama ada secara bersendirian atau apabila digabungkan dengan data lain seperti data demografi umum atau khusus, deskripsi fizikal seperti saiz-saiz pakaian pilihan anda, maklumat yang anda kongsi dalam forum terbuka umum termasuk media sosial, atau maklumat lain yang kami kumpul daripada anda setelah memperoleh persetujuan terlebih dahulu anda.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda apabila anda mencipta suatu akaun dalam talian atau menyertai program keahlian (kesetiaan) kami (jika tersedia), menggunakan aplikasi mudah alih yang ditawarkan, atau melalui pengalaman/pembelian dalam kedai kami
- Apabila anda menghantar permohonan pekerjaan dan daripada rujukan-rujukan anda dan sumber-sumber lain (lihat Notis Privasi Calon kami untuk maklumat lanjut)
- Seperti yang dinyatakan dalam notis atau persetujuan yang berasingan, seperti notis timbul (pop up) untuk ciri khas dalam aplikasi mudah alih kami atau terma-terma pendaftaran untuk acara khas
- Daripada pihak-pihak ketiga termasuk platform-platform media sosial, rakan-rakan kongsi perniagaan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pengiklanan
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Untuk menawarkan dan mengurus apa-apa tawaran khas, peraduan, tinjauan dan cabutan bertuah
- Untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial dan pemasaran dan pengiklanan lain kepada anda (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar)
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Penyedia-penyedia Pemasaran dan Pengiklanan
- Penyedia-penyedia Khidmat Pelanggan
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
MAKLUMAT DARIPADA HUBUNGAN PERNIAGAAN KAMI:
Maklumat ini termasuk maklumat yang anda kongsi dalam laman web kami, dalam aplikasi-aplikasi kami, dengan Khidmat Pelanggan, penggaya-penggaya dalam kedai, atau wakil-wakil lain, termasuk data pembelian dan pengembalian, respons tinjauan, perkhidmatan-perkhidmatan penyesuaian, maklum balas, apa-apa komunikasi atau maklumat yang anda kongsi dalam forum umum seperti media sosial, pilihan-pilihan yang anda buat berkaitan dengan apa-apa komunikasi yang kami hantar kepada anda atau cara kami menggunakan data anda (contohnya, untuk memilih masuk atau memilih keluar), maklumat akaun atau program keahlian (kesetiaan) termasuk butiran (credentials) atau maklumat yang anda masukkan dalam akaun anda, saiz, padanan (fit) dan pilihan-pilihan produk anda, pertukaran (exchanges) dengan chatbot dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), kedai-kedai yang anda kunjungi dan data tersimpul yang berkaitan seperti apa-apa trend pembelian dan pilihan.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda
- Daripada pihak-pihak ketiga termasuk platform-platform media sosial, rakan-rakan kongsi perniagaan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pengiklanan
- Daripada teknologi-teknologi (seperti kecerdasan buatan (AI) yang menguasai chatbot kami)
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Untuk mentadbir, menyokong, dan memperbaik kehadiran dan pengalaman dalam talian dan dalam kedai kami
- Untuk membantu kami memahami minat-minat anda, memperibadikan interaksi-interaksi kami dengan anda, dan membangunkan hubungan perniagaan kami
- Untuk menawarkan dan mengurus apa-apa tawaran khas, peraduan, tinjauan, dan cabutan bertuah
- Untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial, dan pemasaran dan pengiklanan lain (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar)
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Penyedia-penyedia Pemasaran dan Pengiklanan
- Lihat "TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA" di bawah
MAKLUMAT AUDIO, VISUAL, DERIA DAN BIOMETRIK:
Maklumat ini termasuk data seperti apa-apa rakaman audio, filem visual atau imej pegun, ciri, atau corak fizikal dan tingkah laku. Di sesetengah lokasi, maklumat biometrik dianggap sebagai Maklumat Peribadi sensitif dan tertakluk kepada perlindungan tambahan.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda sekiranya anda membuat panggilan telefon ke nombor khidmat pelanggan kami yang dirakamkan, sekiranya anda menyiarkan imej-imej secara umum atau audio/video jika anda siar dan tag kami atau jenama-jenama kami, sekiranya anda memilih untuk berinteraksi dengan ciri-ciri pilihan dalam platform kami seperti mengambil dan menyerahkan swafoto (selfie) atau imbasan badan untuk penilaian padanan (fit) digital atau percubaan maya (virtual try-on), atau sekiranya anda menggunakan ciri-ciri perintah suara
- Dengan kamera-kamera CCTV di lokasi-lokasi kami
- Seperti yang dinyatakan dalam notis atau persetujuan yang berasingan, seperti notis timbul (pop up) untuk ciri khas dalam aplikasi mudah alih kami atau terma-terma pendaftaran untuk acara khas
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
Kami berkongsi maklumat ini dengan:
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
MAKLUMAT DALAM TALIAN DAN TEKNIKAL:
Makumat ini termasuk data pelayaran, data tentang cara anda berinteraksi dengan Platform kami dan alat-alat kami (termasuk apa-apa iklan dalam talian, mesej teks dan emel) dan aktiviti rangkaian yang serupa, alamat IP anda, dan pengenal pasti peranti (contohnya, ID pengiklanan, model peranti, sistem operasi, penempatan peranti, platform mudah alih, masa sesi, ID pembangun dan seumpamanya), dan mana-mana pengeluaran semula dan rakaman interaksi-interaksi dengan laman web yang ditangkap semasa sesi-sesi pelayaran.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Daripada komputer atau peranti anda apabila anda berinteraksi dengan Platform kami, contohnya, apabila anda melawati suatu laman web Levi’s® kami, log-log pelayan kami merekodkan alamat IP anda dan mengumpulkan maklumat mengenai cara anda melayari laman tersebut
- Melalui mana-mana kuki, bikon web (web beacons), piksel, gif jelas, dan teknologi penjejakan yang serupa (jika anda telah memilih masuk, sekiranya diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, melainkan pengumpulan adalah melalui kuki yang tegas diperlukan (strictly necessary))
- Daripada tindakan-tindakan yang anda ambil sebagai maklum balas kepada apa-apa emel pemasaran, termasuk sama ada anda buka suatu emel, membatalkan pelangganan (unsubscribe) atau membeli produk yang dipromosikan dalam emel tersebut
- Daripada pihak-pihak ketiga termasuk rakan-rakan kolaborasi yang membantu membangunkan penyelesaian baru seperti percubaan maya (virtual try-on)
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Untuk menjadikan interaksi anda dengan kami lebih mudah, contohnya, mengenali anda dan peranti-peranti anda, atau membenarkan kami memegang seleksi-seleksi troli membeli-belah anda apabila anda melayar keluar dan kembali semula kemudiannya ke halaman pesanan
- Untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial dan pemasaran dan pengiklanan lain termasuk melalui pengiklanan tingkah laku (behavioral advertising) dan penjejakan rentas peranti. Penjejakan rentas peranti merujuk kepada apabila data digunakan untuk membuat kesimpulan bahawa seseorang pengguna sesuatu peranti, seperti komputer, merupakan orang yang sama yang menggunakan peranti lain, seperti telefon mudah alih. Kami kemudian mungkin menyampaikan iklan dalam pelayar-pelayar kedua-dua peranti tersebut. Penggunaan-penggunaan ini tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda buat untuk memilih masuk atau memilih keluar.
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Penyedia-penyedia Pemasaran dan Pengiklanan
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
DATA GEOLOKASI:
Maklumat ini termasuk data seperti latitud dan longitud GPS (jika anda telah bersetuju kepadanya) seperti dengan menggunakan aplikasi mudah alih jika anda telah memilih masuk kepada perkongsian lokasi, atau melalui penggunaan perkhidmatan pemetaan seperti Google Maps untuk mencari lokasi kedai, lokasi anggaran (seperti kod zip/poskod atau negeri/daerah/wilayah anda) dan, dalam sesetengah kes, lokasi-lokasi kedai yang anda telah lawati.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda
- Melalui teknologi-teknologi, seperti suatu alamat IP
- Seperti yang dinyatakan dalam notis atau persetujuan yang berasingan, seperti notis timbul (pop up) untuk ciri khas dalam aplikasi mudah alih kami atau terma-terma pendaftaran untuk acara khas
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Untuk membolehkan anda mencari kedai-kedai yang berhampiran
- Untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial, dan pemasaran dan pengiklanan lain (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar)
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Penyedia-penyedia Pemasaran dan Pengiklanan
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
Nota: Perkhidmatan Google Maps dikawal oleh dasar privasi Google yang terletak di www.google.com/policies/privacy.
MAKLUMAT YANG DISIMPULKAN AND DIPEROLEH (INFERRED AND DERIVED INFORMATION):
Maklumat ini termasuk profil-profil yang berdasarkan apa-apa trend pembelian, corak dan pilihan transaksi, sifat-sifat, kecenderungan, tingkah laku atau sikap.
Bagaimana kami mengumpul maklumat ini:
- Terus daripada anda
- Melalui teknologi-teknologi, seperti suatu alamat IP
- Menyediakan apa-apa ringkasan, profil dan segmen dengan menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini
- Daripada pihak-pihak ketiga rakan-rakan kongsi perniagaan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pengiklanan
Mengapa kami mengumpulkannya:
- Untuk menghantar apa-apa komunikasi hubungan, transaksi dan komersial, untuk tawaran-tawaran khas dan pemasaran dan pengiklanan lain (tertakluk kepada pilihan-pilihan yang anda boleh buat untuk memilih masuk atau memilih keluar) termasuk melalui pengiklanan berasaskan minat (interest-based advertising) dan menggunakan penjejakan rentas peranti
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
Kami berkongsinya dengan:
- Penyedia-penyedia Pemasaran dan Pengiklanan
- Platform-platform Media Sosial
- Lihat “TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA” di bawah
MAKLUMAT KANAK-KANAK DAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR:
Kami tidak mengumpul Maklumat Peribadi sebarang pengguna di bawah umur 13 tahun secara sengaja dalam Platform kami. Tawaran-tawaran ini dimaksudkan untuk pengguna-pengguna yang berumur 13 tahun ke atas. Sekiranya seorang pengguna atau ibu bapa atau penjaga sah mereka mempercayai bahawa kami telah mengumpulkan Maklumat Peribadi kanak-kanak di bawah umur (di bawah umur 18 tahun), sila hubungi kami di [email protected] untuk meminta penghapusan data tersebut.
TUJUAN PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA JENIS DATA
Sebagai tambahan kepada perkara di atas, kami mungkin menggunakan sebarang atau semua Maklumat Peribadi yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini untuk tujuan-tujuan perniagaan berikut. Selain itu, operasi perniagaan kami memerlukan kami berkongsi Maklumat Peribadi dengan kategori-kategori pihak-pihak ketiga tertentu seperti yang dikenal pasti di bawah
Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi yang dikumpulkan oleh kami untuk:
- Mengekalkan keselamatan, perlindungan, kefungsian, dan integriti Platform kami dan aset-aset atau perniagaan lain
- Mencegah, menyiasat, atau mengambil tindakan terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada melibatkan pihak-pihak ketiga untuk menyaring transaksi-transaksi untuk penipuan atau pencurian identiti yang disyaki
- Melakukan pengujian, penyelidikan, analitik (analytics), dan pembangunan produk
- Mentadbir, menyokong, dan memperbaik kehadiran dalam talian kami, sama ada dalam laman web atau aplikasi mudah alih kami, termasuk pemecahan masalah (troubleshooting) masalah teknikal apabila mereka berlaku
- Memahami, memperbaik, dan menyediakan pengalaman yang disesuaikan dan diperkemaskan (streamlined) dengan Platform kami, termasuk dengan menawarkan program keahlian (kesetiaan), pengesyoran-pengesyoran yang diperibadikan, cadangan-cadangan padanan (fit), dan seumpamanya
- Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dalam kedai, dalam laman web atau aplikasi mudah alih, termasuk memproses pembelian, pengembalian dan pertukaran yang diminta, apa-apa pembayaran, pesanan, produk penghantaran, dan menyediakan Khidmat Pelanggan
- Menilai atau melakukan penggabungan, penyahlaburan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, atau penjualan atau pemindahan lain sebahagian atau semua aset kami, sama ada sebagai usaha berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, pembubaran, atau proseding yang serupa, yang mana Maklumat Peribadi yang dipegang oleh kami adalah antara aset-aset yang dipindahkan
- Menjalankan inisiatif-inisiatif perniagaan lain seperti yang diterangkan kepada anda apabila mengumpul
- Maklumat Peribadi anda, dengan persetujuan anda atau seperti yang selainnya dibenarkan oleh undang-undang
- Mematuhi undang-undang atau proses yang mengikat secara sah, seperti menurut apa-apa sepina, perintah mahkamah, untuk menguatkuasakan hak-hak undang-undang kami, atau untuk melindungi anda, kami, atau pihak lain daripada kecederaan atau mudarat termasuk untuk keselamatan dan pencegahan kerugian
- Mentadbir apa-apa tinjauan dan soal selidik, seperti untuk tujuan-tujuan kepuasan pengguna
Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan:
- Penyedia-penyedia Perkhidmatan, termasuk operasi-operasi khidmat luaran, seperti untuk perkhidmatan-perkhidmatan unik atau titik-titik kehadiran (points of presence) di sebuah negara, penyedia-penyedia perkhidmatan awan dan teknologi, pemprosesan kad kredit, pemasaran dan pengiklanan, penghantaran dan logistik, penyelesaian pertikaian, pengesanan penipuan dan penyedia-penyedia pencegahan, pengurusan data, penyedia-penyedia analitik (analytics) dan pihak-pihak ketiga lain yang kami mempunyai hubungan kontraktual dengan,
- Dalam keluarga jenama-jenama kami dan dengan perniagaan-perniagaan yang mengawal, dikawal oleh, atau di bawah kawalan bersama dengan LS&Co. (“Ahli-ahli Gabungan”),
- Mana-mana juruaudit, perunding, peguam, dan entiti lain yang menggunakan data untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan profesional untuk kami,
- Agensi-agensi kerajaan, penguatkuasa undang-undang, pengawal-pengawal selia, dan mahkamah-mahkamah jika kami diperlukan untuk mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang terpakai, permintaan-permintaan mana-mana penguatkuasa undang-undang, pengawal selia dan agensi kerajaan lain atau proses yang mengikat secara sah, seperti menurut apa-apa sepina, perintah mahkamah, untuk menguatkuasakan hak-hak undang-undang kami, atau melindungi anda, kami atau orang lain terhadap kecederaan atau mudarat,
- Pemindahan Perniagaan, sekiranya (i) kami atau Ahli-ahli Gabungan kami diperoleh atau mungkin diperoleh oleh, digabungkan dengan, atau dilaburkan dalam oleh syarikat lain, atau (ii) sekiranya mana-mana aset kami dipindahkan atau mungkin dipindahkan kepada syarikat lain, sama ada sebagai sebahagian daripada prosiding kebankrapan atau ketakmampuan bayar atau selainnya, kami mungkin mendedahkan atau memindahkan Maklumat Peribadi kepada pembeli pihak ketiga yang berpotensi atau sebenar atau pihak ketiga lain yang berkaitan.
Kami juga boleh menjadikannya tanpa nama (anonymize), mengumpulkan (aggregate) atau sebaliknya menyingkirkan semua sifat pegenalpastian peribadi daripada sebarang Maklumat Peribadi yang dikumpulkan oleh kami dan mungkin menggunakan atau berkongsi data yang terkumpul (aggregated), dan dijadikan tanpa nama (anonymized) tersebut dengan pihak-pihak ketiga untuk sebarang tujuan yang kami anggap sesuai.
PILIHAN-PILIHAN ANDA
Kami percaya dalam memberikan anda pilihan-pilihan mengenai cara Maklumat Peribadi anda digunakan. Di bawah adalah beberapa cara anda boleh melaksanakan pilihan-pilihan ini, termasuk cara mengubah atau membetulkan Maklumat Peribadi anda dan cara untuk membatalkan pelangganan (unsubscribe) daripada pemasaran.
Kami menggalakkan anda untuk menyemak keseluruhan Dasar Privasi ini untuk memahami sepenuhnya pilihan-pilihan yang mungkin anda ada, seperti membolehkan atau menyekat kuki, penjejakan tingkah laku dan pengiklanan dalam talian (online behavioral tracking and advertising), meminta untuk Maklumat Peribadi anda dipadamkan, atau bertanya tentang Maklumat Peribadi yang dikumpulkan oleh kami daripada anda. Lihat “NOTIS-NOTIS TAMBAHAN LAIN” untuk maklumat tambahan yang mungkin terpakai untuk anda berdasarkan lokasi anda.
Apabila anda membuka suatu akaun, daftar masuk atau log masuk dalam salah satu Platform kami, anda boleh mengakses, membetulkan, atau mengemas kini mana-mana pilihan dan tetapan anda. Sekiranya anda menerima komunikasi-komunikasi pemasaran emel daripada kami bagi pihak mana-mana jenama kami dan ingin memilih keluar daripada menerima komunikasi-komunikasi sedemikian pada masa depan daripada jenama tersebut, anda boleh memilih keluar dengan mengklik pautan “Henti langganan” (“Unsubscribe”) di bahagian bawah emel promosi. Begitu juga, sekiranya anda menerima mel terus daripada kami dan ingin membatalkan pelangganan (unsubscribe), anda boleh memilih keluar dengan menghantar e-mel kepada kami di [email protected]. Sila pastikan untuk memasukkan nama penuh, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel anda bersama dengan jenis-jenis maklumat yang anda tidak mahu menerima. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 minggu untuk memproses pilihan keluar daripada mel terus.
Sesetengah perkhidmatan akan membolehkan anda untuk menerima atau menolak penggunaan teknologi-teknologi geolokasi tetapi, sekiranya anda tidak menerima, anda mungkin tidak dapat menikmati ciri-ciri tertentu dalam Platform kami (seperti pilihan “cari kedai” yang penuh). Melainkan dijelaskan sebaliknya kepada anda terlebih dahulu, anda tidak diwajibkan untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami. Sekiranya anda memutuskan untuk tidak memberikan Maklumat Peribadi anda, kami mungkin, dalam beberapa keadaan, tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda. Selain itu, sekiranya anda telah memilih keluar daripada perkhidmatan tertentu, seperti komunikasi-komunikasi pemasaran, anda masih boleh mendengar daripada kami untuk tujuan-tujuan lain seperti yang diperlukan untuk memenuhi pesanan-pesanan anda atau membalas kepada pertanyaan-pertanyaan khidmat pelanggan.
KESELAMATAN
Melindungi Maklumat Peribadi Anda
Kami mengambil berat tentang melindungi Maklumat Peribadi anda, oleh itu kami menggunakan langkah-langkah perlindungan fizikal, teknikal, dan pentadbiran yang munasabah yang direka untuk membantu memastikannya selamat, termasuk penyulitan dan dalam sesetengah kes teknik-teknik untuk mengurangkan keupayaan untuk mengenal pasti sseorang individu. Maklumat Peribadi mungkin diakses oleh orang dalam organisasi kami, penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, atau orang lain yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini yang memerlukan akses sedemikian untuk melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau yang selainnya dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Dasar ini, Maklumat Peribadi yang kami kumpul untuk Amerika Utara dan Selatan diuruskan dari ibu pejabat kami di San Francisco.
Tiada pengumpulan, penyimpanan, atau penghantaran data, termasuk melalui Internet atau rangkaian lain yang dapat dijaminkan sebagai 100% selamat, jadi walaupun dengan usaha-usaha kami, kami tidak dapat dan tidak menjamin keselamatan mana-mana data yang anda hantar kepada kami, termasuk dalam, atau melalui, Platform kami. Apabila anda berkomunikasi dengan khidmat pelanggan melalui emel atau sembang, kami meminta agar anda tidak berkongsi Maklumat Peribadi sensitif melalui saluran-saluran komunikasi ini. Anda harus mengambil langkah-langkah untuk melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan kepada kata laluan, telefon, dan komputer anda dengan, antara lain, mendaftar keluar selepas menggunakan komputer yang dikongsi, memilih kata laluan yang kuat yang tidak diketahui atau dapat diteka oleh orang lain dengan mudah, dan memastikan log masuk dan kata laluan anda peribadi. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kata laluan yang hilang, dicuri atau dikompromikan atau untuk sebarang aktiviti dalam akaun anda melalui aktiviti kata laluan yang tidak dibenarkan.
Apabila anda mendaftar dalam salah satu Platform kami, anda perlu menetapkan kata laluan untuk mengakses maklumat anda di laman kami. Sekiranya anda ingin membatalkan kata laluan anda atau mengubahnya, klik pada “Log Masuk” (“Log In”) dari mana-mana halaman dalam laman web, dan anda boleh mengakses, membetulkan, atau mengemas kini mana-mana pilihan dan tetapan anda dari dalam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak meminta pelanggan-pelanggan untuk mengesahkan butiran akaun atau kad kredit melalui emel – sekiranya anda menerima emel yang mendakwa bahawa emel tersebut adalah daripada kami dan meminta maklumat ini, sila jangan balas.
Kami menyimpan Maklumat Peribadi anda atas asas undang-undang yang terpakai dan seperti yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut diproses, kecuali tempoh masa yang lebih lama diperlukan untuk tujuan-tujuan seperti mematuhi kewajipan-kewajipan penyimpanan, penyimpanan rekod atau keperluan-keperluan komersial lain.
KUKI, PENJEJAKAN DAN PENGIKLANAN
Kuki, Teknologi Penjejakan dan Pengiklanan Berasaskan Minat (Interest-Based Advertising)
TENTANG KUKI:
Kami mungkin meletakkan, atau membenarkan untuk diletakkan, apa-apa kuki, bikon web (web beacons) dan teknologi serupa dalam Platform kami untuk memberi anda pengalaman terbaik, menjalankan analitik (analytics), menganalisis trafik, memperibadikan kandungan, menawarkan pelbagai ciri dan kefungsian dan menawarkan iklan-iklan yang sepadan dengan minat anda (seperti yang dibincangkan di atas). Teknologi-teknologi ini termasuk Google Analytics dan penyedia-penyedia yang serupa. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara Google menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui perkhidmatan ini di: www.google.com/policies/privacy/partners/.
Kuki dan bikon web (web beacons) merupakan teknologi-teknologi yang secara amnya mendorong pengumpulan maklumat pelayaran. “Kuki” ialah fail komputer yang bertindak sebagai kad pengenalan untuk komputer anda. Apabila anda melawati suatu laman, kuki unik diletakkan dalam pelayar anda. Tujuan kuki adalah untuk membezakan pelayar anda, dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, daripada semua pelayar yang lain. “Bikon web” (“web beacons”) berinteraksi dengan kuki untuk “membaca” maklumat yang terkandung dalamnya. Apabila anda melawati suatu laman, bikon web (“web beacons“) mengenali kuki khusus yang telah diletakkan dalam pelayar anda. Dengan mengenali pelayar anda, pemilik laman dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Walaupun kami mungkin mengenali pelayar anda melalui kuki yang kami letakkan, itu tidak bermaksud bahawa kami dapat mengenal pasti anda dengan merujuk kepada nama, emel atau Maklumat Peribadi lain anda yang dapat dikenal pasti secara khusus.
Kami dan rakan-rakan kongsi kami menggunakan mana-mana kuki, bikon web (“web beacons“), pengenal pasti peranti dan teknologi lain untuk mengumpul maklumat apabila anda menggunakan laman-laman web dan aplikasi mudah alih kami seperti alamat IP anda, pelayar web, maklumat rangkaian mudah alih, maklumat pelayaran dan maklumat penukaran untuk membantu mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik - contohnya, membolehkan kami memegang seleksi-seleksi troli membeli-belah anda apabila anda melayar keluar dan kembali semula kemudiannya ke halaman pesanan, atau menyimpan item untuk kemudian apabila anda belum bersedia untuk membeli. Kuki juga membolehkan kami mengenali anda sebagai pemegang akaun apabila anda kembali ke laman-laman kami. Kami menganggap jenis-jenis kuki ini diperlukan untuk kejayaan operasi perniagaan kami. Penggunaan kuki oleh kami selalu berubah bergantung pada apa-apa keperluan dan operasi perniagaan kami.
Kebanyakan pelayar menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh menyekat atau memadam kuki pada bila-bila masa untuk menghalang pengumpulan maklumat pelayaran anda untuk tujuan-tujuan penyampaian iklan-iklan berasaskan minat (interest-based ads) dan penjejakan tingkah laku pelawat. Sila ambil perhatian bahawa penyekatan atau pemadaman kuki juga boleh melumpuhkan atau mengganggu ciri-ciri membeli-belah dalam laman-laman kami dan laman-laman lain yang anda mungkin anda lawati.
PENGIKLANAN BERASASKAN TINGKAH LAKU ATAU MINAT (BEHAVIORAL OR INTEREST BASED ADVERTISING):
Kami membenarkan rakan-rakan perniagaan kami dan syarikat-syarikat pengiklanan pihak ketiga (termasuk mana-mana pelayan pengiklanan, agensi pengiklanan, vendor teknologi, atau penyedia kandungan tajaan) yang dipercayai untuk mengumpulkan maklumat pelayar anda dan pengenal pasti numerik yang berkaitan dengan pelayar atau peranti anda untuk menyediakan iklan-iklan yang disesuaikan dengan minat-minat anda bagi pihak kami. Iklan-iklan ini mungkin muncul dalam laman web kami, dan dalam laman-laman web pihak ketiga yang lain. Dengan menggunakan teknologi-teknologi penjejakan, syarikat teknologi pengiklanan mengumpul data daripada pelayar atau peranti tertentu mengenai tingkah laku-tingkah laku pandangan web (web viewing) oleh seseorang pengguna dari masa ke masa, merentasi laman-laman web yang tidak berkaitan, dan dalam sesetengah kes menggabungkan data sedemikian dengan data yang dikumpulkan daripada mana-mana pelayar atau peranti lain yang berkaitan dengan pengguna atau isi rumah yang sama, dan menggunakan data sedemikian untuk meramalkan pilihan-pilihan pengguna dan untuk menyampaikan iklan-iklan kepada pengguna tersebut yang terhitung (calculated) untuk menyasarkan pilihan-pilihan pengguna yang diramalkan merentasi peranti-peranti. Sekiranya anda mengambil langkah-langkah untuk menyekat kuki pengiklanan atau memilih keluar daripada pengiklanan berasaskan minat (interest-based advertising), sila ambil perhatian bahawa ini tidak bermaksud bahawa anda tidak akan lagi menerima iklan-iklan daripada LS&Co. kerana iklan-iklan ini adalah hanya satu bentuk pengiklanan digital.
JANGAN JEJAK (DO NOT TRACK):
Sistem-sistem kami tidak mengenali isyarat “Jangan Jejak” (“Do Not Track”) pelayar, tetapi beberapa syarikat pengiklanan pihak ketiga yang menggunakan kuki dalam laman-laman web kami untuk menyediakan pengiklanan berasaskan minat (interest-based advertising) membolehkan anda untuk memilih keluar daripada amalan-amalan tersebut.
MEMILIH MASUK/MEMILIH KELUAR/MENYEKAT KUKI:
Anda boleh menyekat atau memilih keluar daripada kuki atau pengumpulan data untuk pengiklanan berasaskan minat (interest-based advertising) dengan menyesuaikan tetapan dalam pelayar anda. Untuk arahan, semak maklumat teknikal pelayar anda. Sekiranya anda menggunakan peranti mudah alih, peranti anda juga mungkin termasuk ciri (“Hadkan Penjejakan Iklan” (“Limit Ad Tracking”) dalam iOS atau “Pilih Keluar daripada Pemperibadian Iklan” (“Opt Out of Ads Personalization”) dalam Android) yang membolehkan anda untuk memilih keluar daripada penggunaan maklumat tertentu yang dikumpulkan melalui aplikasi-aplikasi mudah alih untuk tujuan-tujuan pengiklanan berasaskan tingkah laku (behavioral advertising). Sekiranya anda menyekat kuki di peringkat pelayar atau menggunakan komputer atau pelayar yang berbeza untuk mengakses platform-platform kami, anda harus menyemak tetapan kuki anda sekali lagi.
Peletakan mana-mana kuki, piksel, gif atau bikon web (web beacons) mungkin tertakluk kepada keperluan-keperluan tambahan oleh undang-undang bergantung pada lokasi yang anda berada. Ini mungkin termasuk memerlukan kami untuk berkongsi maklumat teknikal khusus, memerlukan anda untuk memilih masuk kepada penggunaannya, atau menyokong mekanisme-mekanisme khusus untuk anda memilih keluar. Maklumat khusus tambahan yang berkaitan dengan lokasi anda, jika berkenaan, boleh didapati di NOTIS-NOTIS TAMBAHAN kami.
PAUTAN-PAUTAN & CIRI-CIRI PIHAK KETIGA
Media Sosial dan Pautan-pautan Pihak Ketiga
Media sosial menyediakan alat-alat yang digunakan dan dinikmati oleh ramai pengguna kami, dan kami memasukkan pautan-pautan kepada pelbagai platform media sosial sebagai sebahagian daripada tawaran-tawaran digital kami. Untuk kemudahan dan maklumat anda, kami mungkin menyediakan pautan-pautan ke laman-laman lain, atau menambah ciri-ciri yang dikuasai oleh pihak-pihak ketiga kepada laman web atau aplikasi kami, yang mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berbeza daripada dasar kami. Kami mengenal pasti ciri-ciri dan pautan-pautan yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga, tetapi tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau amalan-amalan sebarang laman yang dipaut. Kami mencadangkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman dan ciri yang anda akses melalui platform-platform kami sebelum berkongsi Maklumat Peribadi anda dan memahami tetapan privasi anda yang akan menentukan sejauh mana Maklumat Peribadi anda digunakan, dikongsi, atau dijadikan umum.
PEMPROSESAN ANTARABANGSA
Pemindahan dan Pemprosesan
Sila ambil perhatian bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan kepada dan disimpan dalam mana-mana pelayan atau pangkalan data yang terletak di luar negeri, daerah/wilayah, atau negara anda. Sekiranya anda berada di luar Amerika Syarikat, sila ambil maklum bahawa sebagai perniagaan global kami mungkin memproses, berkongsi dan menyimpan Maklumat Peribadi di negara-negara selain dari negara kediaman anda, termasuk Amerika Syarikat.
Dengan menggunakan Platform kami dan melainkan persetujuan sedemikian dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemindahan, dan pendedahan Maklumat Peribadi anda, maklumat pelayaran, dan bahawa apa-apa komunikasi akan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di Amerika Syarikat.
Kami mematuhi undang-undang yang mengawal pemindahan antarabangsa Maklumat Peribadi yang lazimnya melalui pelaksanaan perjanjian perlindungan data yang diperlukan oleh undang-undang yang memasukkan, jika berkenaan, klausa-klausa kontraktual standard yang diluluskan untuk digunakan oleh Kesatuan Eropah atau pengawal-pengawal selia bidang kuasa-bidang kuasa lain, atau arahan-arahan lain yang mungkin ditentukan, dikemas kini, dipinda, diganti atau diatasi dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkenaan.
NOTIS-NOTIS TAMBAHAN
Terma-terma perlindungan data dan privasi tambahan mungkin terpakai bergantung pada lokasi anda. Terma-terma ini ("Notis-notis Tambahan" kami) dimasukkan ke dalam, dan harus dibaca bersama dengan, Dasar Privasi ini dengan rujukan berdasarkan bidang kuasa yang terpakai. Mereka dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang tertentu dan kami menggalakkan anda untuk menyemak halaman Notis-notis Tambahan untuk deskripsi mengenai amalan-amalan dan hak-hak privasi anda sekiranya anda menjalankan perniagaan dengan kami di salah satu lokasi ini. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Notis-notis Tambahan mempunyai tarikh berkuat kuasa yang sama seperti Notis Privasi Global LS&Co.
MAKLUMAT HUBUNGAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi Levi Strauss & Co., sila hantarkan emel kepada [email protected], menelefon kami bebas tol di 1-800-872-5384 (Levi’s) atau 1-800-362-5377 (Dockers), atau tulis kepada kami di Levi Strauss & Co., Attn: Privacy, 1155 Battery Street, San Francisco, CA 94111.